+60133366015
+60133366195
admin@hbnrhonour.com
a_illiyyin@yahoo.com
106, Jalan Parklands 3, Semenyih Parklands, 43700 Beranang, Selangor, Malaysia
Sertai Kami
Soalan Lazim
Madu asli kami adalah 100% tulen tanpa bahan pengawet dan gula tambahan serta telah disahkan lulus ujian makmal oleh Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI), National Institutes of Biotechnolgy Malaysia (NIBM).
Warna madu bergantung kepada sumber nektar bunga. Contohnya, madu akasia lebih cerah manakala madu tualang atau gelam cenderung gelap.
Bergantung kepada tahap dan situasi pesakit. Secara ringkasnya, ya. Penghidap diabetes perlu mengawal pengambilan karbohidrat dan gula, namun ini tidak bermakna mereka perlu mengelakkan gula sepenuhnya. Sekiranya diambil secara sederhana, madu bukan sahaja selamat, malah mengandungi ciri anti-radang yang berpotensi membantu mengurangkan komplikasi berkaitan diabetes.
Madu merupakan sumber gula dan karbohidrat semula jadi yang sememangnya memberi kesan terhadap paras gula dalam darah. Namun, berbanding gula putih, madu menunjukkan kesan glisemik yang lebih rendah. Kajian mendapati madu boleh menyebabkan peningkatan awal paras gula darah dalam tempoh 30 minit selepas pengambilan, tetapi paras tersebut kemudiannya menurun dan kekal lebih rendah selama dua jam berikutnya.
Walau bagaimanapun, pesakit diabetes kronik khususnya disarankan berbincang dengan doktor dahulu kerana madu tetap mengandungi gula semula jadi (fruktosa dan glukosa).
Madu asli dan madu mentah kedua-duanya adalah madu asli. Ringkasan perbezaan antara keduanya boleh dijelaskan seperti berikut:
Madu Asli: Madu tulen tanpa campuran bahan lain.
Madu Mentah: Madu tulen tanpa campuran bahan lain yang belum dipanaskan atau ditapis.
Madu Asli: Mungkin melalui sedikit penapisan atau pemanasan ringan (< 40°C).
Madu Mentah: Tidak diproses — langsung dari sarang lebah. Tidak dipanaskan langsung.
Madu Asli: Enzim & Probiotik – Terdapat kemungkinan sedikit kurang kerana proses namun masih kaya dengan khasiat untuk kesihatan.
Madu Mentah: Penuh dengan enzim, pollen, dan nutrien asal. Mungkin keruh, berbuih, atau ada endapan
Itu adalah fenomena semula jadi hasil daripada aktiviti enzim dan penapaian ringan, lebih-llebih lagi madu mentah, bukan tanda madu rosak. Simpan di tempat sejuk dan kering..
Tidak digalakkan untuk bayi di bawah umur 1 tahun kerana risiko botulisme.
Jika disimpan dengan baik, madu asli tidak mempunyai tarikh luput kerana sifat antibakterianya yang kuat. Sesetengah produk madu diletakkan tarikh luput bagi memenuhi keperluan KKM untuk produk makanan.
Ya. Madu Tualang memang secara semula jadi lebih cair namun lebih pekat sikit jika dibandingkan dengan madu kelulut.
Madu Tualang lebih cair kerana ia dihasilkan secara semula jadi oleh lebah liar dalam persekitaran hutan yang lembap, mengandungi fruktosa tinggi, dan tidak diproses. Ini adalah ciri semula jadi madu asli — bukan kerana dicampur.
Madu Tualang biasanya dijual mentah dan tidak dipanaskan atau dihidrasi — tidak melalui proses pemekatan. Ini untuk mengekalkan enzim semula jadi, antioksidan dan bahan aktifseperti flavonoid.




