Tentang Kami

My House of Honey ialah jenama yang bernaung di bawah syarikat perniagaan HBNR Honour Legacy, yang komited dalam industri berasaskan produk semula jadi — khususnya dalam penghasilan dan penjualan madu asli berkualiti tinggi.

Ditubuhkan dengan iltizam untuk menyebarkan kebaikan semula jadi melalui madu, kami percaya bahawa kesihatan yang holistik bermula daripada sumber yang bersih, tulen dan diiktiraf manfaatnya sejak berkurun lamanya.

Misi utama kami adalah untuk menyediakan madu asli yang tulen, berkhasiat dan dipercayai, serta dalam masa yang sama membina jenama tempatan yang mampan, serta mampu bersaing di peringkat serantau.

Selaras dengan permintaan pasaran semasa yang semakin celik nutrisi dan cermat dalam pemilihan makanan, kami turut menawarkan pelbagai variasi madu, termasuk pilihan premium dari luar negara, bagi memenuhi cita rasa dan keperluan latar belakang pengguna yang pelbagai

Selain itu, kami juga memperkenalkan rangkaian produk madu campuran bersama bahan semula jadi seperti habbatus sauda, lemon, cuka epal dan herba terpilih, yang diperakui kaya dengan manfaat kesihatan oleh kajian moden dan amalan tradisional.

Kami mensasarkan pasaran pengguna yang mementingkan kesihatan menyeluruh, gaya hidup serta amalan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Di My House of Honey, kami percaya setiap titisan madu menyimpan rahsia hikmah penawar. Dengan dedikasi terhadap keaslian dan amanah, kami menyediakan lebih daripada sekadar kemanisan — kami cuba menghubungkan manusia dengan pelbagai kebaikan alam ciptaan Tuhan.

Fact & Figure!

+
Products
+
Best Seller
+
Product Categories


We Deal With Various Quality Natural & Organic Products!

Shopping Cart